Jumat, 14 Februari 2014
Browse »
home»
di
»
enam
»
feri
»
karam
»
pattaya
»
terbunuh
»
Feri Karam Di Pattaya Enam Terbunuh

Feri Karam Di Pattaya Enam Terbunuh

SEKURANG-KURANGNYA enam penumpang maut termasuk tiga pelancong asing apabila sebuah feri karam berhampiran pusat peranginan terkenal Thailand di Pattaya.
Wujud juga kebimbangan, masih ada baki penumpang masih terperangkap di dalam feri berkenaan.
“Enam orang maut, tiga warga Thailand dan tiga warga asing,” kata sumber rasmi polis tanpa mendedahkan pelancong asing berkenaan berasal dari negara mana.
Feri itu karam tengahari semalam berhampiran Pulau Koh Larn, sebuah pulau kecil berhampiran pantai Pattaya yang popular dengan kehadiran pelancong.
Menurut laporan saksi, feri itu dikatakan membawa penumpang sehingga terlebih muatan kemudiannya menghadapi masalah enjin.
Sehingga kini, tiada maklumat tepat berkenaan berapa penumpang cedera atau hilang tetapi menurut laporan media banyak ambulans dipanggil untuk berada di pantai Pattaya bagi mengendalikan mangsa yang ditemui.
Seorang jurucakap Polis Pelancong Pattaya, terdapat kira-kira 100 penumpang menaiki feri berkenaan ketika kejadian.
Pattaya terletak kira-kira 150 kilometer dari Bangkok.
Menurut sumber berita dari Russia, tiga warga negara itu termasuk seorang kanak-kanak telah dihantar ke hospital dalam keadaan serius.
“Terdapat kira-kira separuh daripada keseluruhan penumpang feri itu ialah warganegara Russia,” kata Konsulat Russia di Bangkok Andrey Dvornykov.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar